Tuesday, March 8, 2016

Ammar dan Tadika ABS

Teks dan Foto: Siti Badariah Baharin
Emel: sitibadariahbaharin@gmail.com

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya pernah kongsikan yang kami sedang mencari tadika untuk Ammar. Dan akhirnya, kami memilih untuk mendaftarkan Ammar di tadika ABS.

Alhmdulillah, setakat tiga bulan ini, Ammar nampak sangat seronok untuk ke tadika. Bangun pagi pun ceria dan nampak tak sabar-sabar untuk ke tadika. Bila balik pun, muka Ammar penuh dengan senyuman.


Sangat berbeza berbanding keadaan semasa kami hantar Ammar ke taska semasa umurnya tiga tahun. Masa itu kami masukkan dia ke taska untuk beri dia peluang bergaul dengan rakan-rakan. Harapan kami supaya Ammar dapat berkembang dari segi percakapannya (Ammar mempunyai masalah speech delay).

Saya masih ingat lagi, masa tu memang susah sangat Ammar nak ke taska. Pagi-pagi lagi dia akan menangis. Bila dihantar juga ke taska, muka dia muram je, tak ceria langsung. Dan bila balik taska, mesti hidung penuh dengan kesan hingus kering.

Nasib baiklah Ammar cuma pergi ke taska selama beberapa bulan sahaja, itupun banyak hari yang ponteng. Kadang-kadang tu, dalam sebulan dia cuma pergi dua minggu sahaja.

Dan sebelum kami daftarkan Ammar ke tadika, kami selalu cakap kat dia nanti dia kena pergi sekolah. Dan dia cakap "tak nak school, takut, teacher marah". Masa ini Ammar baru boleh bercakap sikit-sikit, itupun masih lagi pelat.


Saya tanya Ammar, "teacher marah macam mana?" Dan Ammar akan buat lakonan semula kononnya teacher tarik telinga dia. Bila saya tunjukkan gambar cikgu-cikgu di taska lamanya, Ammar tunjuk pada seorang cikgu.

Saya cuba tunjuk pada cikgu-cikgu yang lain, dia geleng kepala. Dia cuma tunjuk pada cikgu yang sama. Beberapa kali juga saya tunjuk gambar tersebut pada masa yang berlainan, dan jawapannya tetap sama.

Dari dulu lagi saya memang kurang senang dengan cikgu yang seorang ini. Setiap kali saya ambil dan hantar Ammar, muka cikgu ni masa mencuka. Cikgu-cikgu yang lain ok je, tak ada masalah.

Saya pun tak pasti samaada cerita Ammar ni betul atau tak. Sebelum ini memang Ammar tak pernah cerita. Ye la, dia belum pandai bercakap. Dan bila dah boleh bercakap, barulah cerita itu keluar dari mulut dia.


Tapi perkara ini memang membuatkan saya sangat teliti untuk memilih tadika terbaik buat Ammar. Dan Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan tadika ABS. Semoga Ammar dapat belajar dengan baik. Aminn.

Setelah Lama Menyepi

Teks: Siti Badariah Baharin
Emel: sitibadariahbaharin@gmail.com
Foto: Google & Pinterest

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tergerak juga hati untuk menulis semula di sini. Entah kenapa, secara tiba-tiba semangat menulis saya hilang beberapa bulan yang lalu. Nak mulakan semula, memang susah!

Memang beginilah realiti seorang blogger. Kadang-kala terlalu banyak yang ingin kita kongsikan. Dan ada masanya pula, kita kekeringan idea. 


Kalau nak diikutkan, banyak perkara yang berlaku sepanjang saya menyepikan diri dari dunia blogging. InsyaAllah jika masa mengizinkan, saya akan kongsikan di sini.

Doakan saya agar terus bersemangat untuk menulis di sini. Semoga kita berjumpa lagi, InsyaAllah.